Sunday, February 23, 2014

Tutorial Chibi Revamped

Hey guys,harini ada sikit tutorial chibi yang lebih mesra alam dan maybe gak senang difahami.Mai ikut step by step.

Tuto ni mmg dibuat khas ntuk mereka yang guna mouse,sebab tak semua ada tablet.Tapi korang kene ada software 'paint tool sai' sebab kalau tak ada tak dapek la den menolong.


(1)Buka gambar sketch korg.Tak kisah la gambar sketch tu korg dapat dari scanner ke,dari camera phone or dslr bagai ke or kalau lukis terus kat pc pun boleh.

(2)Lepas dah buka gambar sketch tu,turunkan opacity layer sketches korang tu jadi 30 percent camtu or below.

(3)Lepas tu buka layer linework and letak dia kat atas layer sketches korang.

(4)kat layer linework korang tu,guna tool 'curve' and korang boleh mulakan sesi menekap sketches korang tu.


(5)lepas dah habis tekap semua,edit sikit line korang guna 'Edit' untuk betulkan garisan and 'Pressure' untuk buat line lebih flawless macam gambar kat bawah ni.


 (6)dah siap?korang dah boleh start warna dah.So mula letakkan base colour kat linework korang.

  • select bahagian yang nak diwarnakan tu guna tool 'Select'.
  • buat layer baru kat bawah layer linework tu.
  • Pilih tool 'Bucket' and pilih warna yg korg nak and klik kat area yang nak colour tu.
  • Ulang step no(3) tu kat bahagian-bahagian lain.
  • korang akan dapat hasil macam gambar kat bawah ni.
ingat,asingkan setiap bahagian kat layer yang lain lain.Kalau layer rambut untuk rambut je,kalau layer baju untuk baju je and so on.



 (7)so kita tak nak la chibi kita tu nampak plain je kan?makanya marilah kita follow step seterusnya ni.

  • bukak layer linework yang baru and letak kat atas layer bahagian yang korg nak.(ex.layer linework place kat atas layer muka,layer rambut and bla bla bla).
  • Pilih warna yang lebih pekat dari warna base and lepas tu guna 'curve' and buat cam kat gambar bawah ni,

(8) macan biasa,korang boleh edit line tu guna tool 'Edit' and 'Pressure'.
(9) ulang step no 2 dan 3 kat area yang lain.

(10)And kita dah hampir siap,sekarang masa nak buat mata~ :D
  • buat layer baru and letak paling atas.Gunakan brush or pen or whatsoever untuk buat mata.
  • tengok gambar bawah ni,malas nak explain.haha.


(1!) Untuk enhance lagi chibi korang tu,meh tambah detail sikit.

  • buat layer linework dan letak paling atas antara semua.
  • pastu buat macam kat gambar bawah ni.kahkah.
  • jangan lupa tambah blusher kat chibi tu.Baru vogue gitu.



YATTA,DAH SIAP!!!
Untuk tengok fullview hasil yang dah siap,mai klik sini.
And kalau korang nak praktis colour guna linework chibi ni,klik sini untuk download.
Thats all guys,kalau ada apa2 yang tak faham tanyalah saya ok.Haha,Bye.

4 comments:

Nor Khaleeda said...

dah siap chibi guna tuto ni
kalu sudi datang singgah :) terima kasih sudi share tuto :)
http://diqnor.blogspot.com/2014/02/my-chibi.html

Anonymous said...

woah, superb betul tutorial ni..

complete step by step..
baru aku paham macam mana orang boleh lukis guna mouse..guna line curve tu rupanya..aku ingat memang free hand lukis terus kat SAI..

ok boleh praktis macam ni..tapi kena donlod SAI dulu..

terima kasih sebab tak kedekut ilmu :-)

#kartunster

merahitujambu said...

sebabkan byk tutorial awak bg sy pandai guna paint tools sai..terima kasih dkt awak dear

Afifah Hayati said...

comelnya !! thanks for the tutorial .. nanti nk try buat chibi plk :)